RAMADHAN KARIM



Ramadhan penghapus dosa yang lalu. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan imannya dan mengharap balasan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
( H.R. Ahmad dan Ashaab Al-Sunan )

Aku merinduimu
Kini kau kembali
Betapa girangnya hatiku
Menyambut kedatanganmu
Masih ku ingat tragedi lepas
Pemergianmu mengundang seribu kepiluan
Sebaknya dada melihat kau pergi
Aku menangis
Aku merintih
Tidak terdaya ku menghentikanmu
Dari pergi dariku
Andai diberi pilihan
Akanku mohon keberadaanmu di sisiku selamanya

Kini kau kembali
Membawa sejuta harapan
Menyinari diriku
Menerangi hatiku
Dengan keteguhan iman
Yang tiada bandingan
Kaulah harapanku
Kaulah peneguh imanku
Kaulah pengubat luka
Semoga diriku
Akan lebih berbahagia di bulanmu, RAMADHAN.........

Menanti





"Jika manusia harus lama menanti apa yang
diinginkannya maka hilanglah kesabaran dan sempitlah
dadanya.

Ia lupa bahwa di dalam penciptaan ini Allah
memiliki sunah-sunah yang tidak akan berubah, bahwa
segala sesuatu ini mempunyai waktu yang telah
ditetapkan, bahwa Allah tidak akan dapat dipengaruhi
oleh ketergesa-gesaan seorangpun. Setiap buah memiliki
batas waktu matang. Ketergesa-gesaan seseorang tidak
akan dapat mematangkannya sebelum batas waktunya,
sebab ia tunduk kepada sunnatullah yang mengaturnya.
Tak seorang pun dapat memaksanya"

Dr. Yusuf Qordhawi

Mari Pesan berpesan




Salam ..

Sekadar catitan pendek..
“…Jika semua manusia menyedari hidup ini hanyalah untuk ALLAH, maka bergetarlah jiwa2 mereka kerana takut untuk menemui al-khaliq kelak. Hati dan jiwa menjadi resah, bagaimana penerimaan terhadap amal ibadah di hadapanMU nnti ya ALLAH., adakah jasad, diri ini serta seluruh pengabdian semata-mata keranaMU ya ALLAH..



EPILOG rasa hati..al-haqirah ilallah.



Hidup ini berasaskan tiga :
1. Apa tujuan kita di ciptakan?
2. Bagaimana kita di ciptakan?
3. Ke mana kita kembali?



Cukupkah bekalan menuju ke sana nnti? Diri ini kerdil dan sangat dhoif di sisiNYA..
“orang 2 yang menempatkan ALLAH dalam hati mereka akan tenang atas ujian…
Beruntunglah jika mereka yang istiqamah pada jalan ALLAH.



Ya ALLAH..
Ku cari diri dalam sentuhan rahmatMU..
Kasih sayangMU buat jiwa keluh kesah..
Semakin hari, tautan cintaMU makin mendalam…
ingin ku tanamkan supaya ia tidak di kikis oleh hiasan duniawi..



Ana masih lagi,dan terus ingin mendampingi kalian yang meletakkan ALLAH sedalam2nya dalam hidup sebagai matlamat utama.



Sesuai dengan janji kita dengan ALLAH di alam roh dahulu.



“ Alastu birabbikum? Qaalu, bala syahidna..”



Jadi mengapa ingin di langgar perjanjian yang telah termeteri itu. Bukankah itu akan di Tanya oleh ALLAH kelak,



.."Dan pada hari itu (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." 24:24..


Hiasilah kehidupan ini dengan iman dan taqwa kepadaNYA kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri kita ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"


Carilah juga kita sahabat yang bertaqwa. Kerana sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Jadilah kita semua orang2 yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, moga dengan usaha yang jitu itu , ALLAH kan merahmati kita sentiasa..
Wallahua'lam

Ikhlaskah Kita??

Salam,
Pengunjung yang dirahmati ALLAH sekelian,

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.



Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.
Antaranya :-



1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)



Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.


Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.



Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi saw telah bersabda "3 golongan yang tidak diterima Allah Ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab 1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang-orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"



Jadi sahabat dan sahabiah yang dirahamti Allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar sifat ikhlas tu perlu wujud pada hati . Syaitan sentiasa memperdaya supaya mengingkari Allah Ta'ala. oleh itu marilah sma-sama sentiasa menyucikan jiwa kita dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.


Manusia itu hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.


Sama-samalah kita berdoa:



Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu,taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.

amin

Wallahua'lam

Pesanan Untuk Kaum Muslimin



'Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah'



wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.



wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.



wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.



wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.



wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.



wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.



---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Followers

About this blog

‘Tika titis air mata jatuh ke bumi biarlah hnya ALLah yg mgetahui,krana hnya Dia pnyembuh luka pemberi bahagia kpd hati dan naluri.sedikit yg bermanfaat lbih baik dari byk yg melalaikan. Ijian Allah dtg kerna kasih sayangNYA pda hambaNYA.agar imn terus mangkat, hati smakin dekat dan jiwa lbih akrab dganNYA..biar hlang sgalanya tapi jgan hilang ksh sayangNYA..
ILLAHI RABBI ANTA MAKSUUDI I WAARHIDAKA MATLUBI